Friday, October 4, 2013

Ianya sesuatu yang biasa, namun TERLALU ISTIMEWA bagiku

Tarikh: 03 Sept 2013    


Aku sedang sibuk membersih dan menyiapkan dapur menggoreng. Sedang aku asyik, tiba- tiba, rakan sekerja aku bercakap dengan seseorang, aku pelik, awal- awal lagi sudah ada pelanggan ke? Aku pergi menjengah, ingin mengintai siapakah yang di luar. Aku terperanjat, Nadia rupanya! Tangannya memegang satu bungkusan. Nadia terpandang ke arah aku, terus menghulurkan bungkusan yang ada di tangannya kepada aku. Aku pelik, apa yang ingin dia bagikan kepada aku, namun aku tetap bergerak untuk membuka pintu untuknya. Kami berdua bertemu di pintu, Nadia menghulurkan bungkusan kepada aku, aku pula menerimanya. Aku bertanya apa yang ada dalam plastik tu?  Nadia cakap dia masak untuk aku, tapi ada 2, satu lagi untuk rakan sekerja aku. Aku cakap buat apa susah- susah bagi semua tu, Nadia cakap tak ada yang susahnya, ambillah. Aku pun ambillah. Nadia semakin mengelabah, kelam kabut, sebab rakan sekerja aku asyik mengusik dia, aku pun ikut sekali mengusik Nadia. Dalam keadaan yang kelam- kabut, dia berlalu pergi. Aku rasa rugi, sebab tak dapat berbual panjang dengan dia. Masa bertemu antara aku dengan dia, selalunya pendek. Nadia, semakin hari semakin aku rindu, aku sentiasa mengidam suatu waktu yang panjang untuk aku bersama dia, aku ingin mengenali dia dengan dekat, dengan lebih mendalam, namun peluang masih tiada, Allah masih tidak mengizinkannya.
                Selesai aku menyiapkan segalanya, aku duduk merehatkan diri. Tiba- tiba handphone aku berbunyi. SMS dari Nadia, dia kata ingatkan nak masak benda lain, tapi tak sempat, tu yang masak maggi untuk aku. Dia minta maaf sebab ada letak cili dalam maggi tu. Aku membalas maggi yang dia masak tu teristimewa sangat untuk aku, air tangan dia, bagi aku sangat sangat teristimewa, sedap sangat. Manakan tidak Nadia yang masakkan, tak istimewa ke? Orang yang kita suka, bagi kita sesuatu, mesti kita rasa istimewa , kita mesti hargai sangat. Betul tak? Aku sentiasa mengharap sangat aku dapat terima kasih sayang daripada dia. Bila? Allah saja yang tahu, Wallahualam. Tapi aku akan sabar menunggu.
               Maggi tu, bagi orang lain mungkin biasa- biasa saja, tapi bagi aku, memang istimewa, aku kunyahnya perlahan- lahan, merasai menikmati rasanya, maggi tu membuatkan aku merasa bahagia, senang dan tenang.
               
                Ya Allah, satukanlah aku dengan Nadia Othman. Aku ingin bersama Nadia Othman keranaMu, ya Allah! Kerana dia aku berubah, berubah menjadi aku sekarang seorang  yang sentiasa mengingatiMu, Kau  aturkanlah untuk aku bersama Nadia. Izinkanlah, ya Allah!


Wednesday, September 18, 2013

Resah, hanya untuk sesuatu yang kecil (bagi seorang biasa), namun tidak bagiku

Tarikh: 31 Ogos 2013


Nadia baru sihat dari demamnya, semalam dia deman, sampai hidung pun berdarah. Timbul sedikit rasa risau untuk adik Nadia. Biasalah, orang yang disukai, baru sakit sikit, risau macam orang tu sakit teruk, sikit punya hal, risau macam masalah Negara pula yang melanda, mak sendiri sakit, tak ada pula nak bertanya, pandang pun tak! Nah kau, terkena kepala sendiri.
                Aku dah pun rancang dari semalam, nak masak bubur ayam untuk Nadia, yelah, orang baru sihat, tak elok ambil makanan berat sangat, susah nak hadam. Hari ni, macam- macam aku bawa pergi kerja: beras, daging ayam, daun sup daun bawang, telur masin, kacang, ikan bilis, bawang  goreng, just untuk masak bubur untuk Nadia. Terus- terang aku cuba nak ambil hati dia, aku suka sangat dengan Nadia ni.
                Jam menunjukkan 4.30 petang, apa lagi, aku siap- siap masak, kelam- kabut dibuatnya, nak masak, nak layan pelanggan, fuh! Memang mencabar! Tapi dengan keizinnanNya, ditambah dengan usaha dan fokus aku, dapat juga aku siapkan. Ya Allah, menjadi bubur aku, bukan apa, ni kali pertama aku masak bubur,masak nasi pun pakai periuk nasi elektrik. Aku memang takut kalau tak jadi, tak jadi jawabnya tak dapat aku bagi kat Nadia, tak dapat aku nak buktikan yang aku sangat menghargai dia. Ya, aku memang menghargai dia, menghargai kehadirannya dalam hidupku, aku tak mahu kehilangan Nadia, aku berharap sangat yang Allah boleh buka hati dia menerima cinta aku.
                1 jam aku siapkan semuanya. Dari masak bubur, itupun nasib baik tengah harinya aku dah rebus ayam awal- awal, aku hias, aku bungkus, aku beli epal, potong cantik- cantik, beli teh bunga untuk hilangkan panas badan. Lebih kurang 5.30, aku hantar kasi Nadia.
                Itupun aku guna tiket bas Kak Ai sebagai alasan, tak lah malu sangat. Sampai atas, memang nasib baik, aku nampak Ai ada sama dengan Nadia. Aku bagi Ai tiket bas, berbual kejap dengan Ai, aku terus potong perbualan. Aku takut nanti hal yang penting aku tak buat. Aku bagi bekas yang berisi bubur kat Nadia, dia cuba menolak. Aku cuba memaksa dia terima, inilah aku, suka memaksa, aku cuba untuk ubah, aku tahu, memaksa boleh buat orang tak selesa, kadang- kadang sikap ni buat aku rasa bersalah dengan orang.
               Akhirnya, dia terima juga. Aku usik dia, “muka merah tu, demam lagi yerk?” Dia pusingkan kepala, dia malu aku tahu.


                Satu kereta kenari putih yang biasa aku nampak berhenti depan kedai, aku buat- buat tak nampak. Terdengar suara Kak Lela order sotong goreng, tak silap aku lagi satu chicken cube. Tiba- tiba, ada customer datang lagi,terpaksa aku berhenti mencuci, pergi ke depan menggoreng, aku ternampak Nadia, rasa gembira tak terhingga, apa taknya, orang yang disukai ada depan mata.
                Sambil menyiapkan pesanan customer, sambil tu juga aku curi- curi pandang adik Nadia yang aku suka tu. Syukur kepada Allah, Dia mengizinkanku untuk memandangnya menghilangkan rasa rinduku kepada Nadia. Ya Allah, engkau telah timbulkan perasaan cintaku kepadanya, engkau bukalah juga hatinya untuk menerima cintaku dan merelakan hatinya untuk memberikan cintanya kepada aku.
                Ketika hampir menyiapkan pesanan Kak Lela, Nadia pula memesan filet ayam. Order tengah banyak,so aku katakan yang kena tunggu lagi 10 minit. Hatiku semakin senang, aku boleh memandangnya dengan lebih lama. Aku malu untuk memandang terus, aku hanya mampu menjeling ke arahnya. Bagiku, Nadia sememangnya manis wajahnya.
                Kak Lela, Nadia pulang setelah pesanan mereka siap. Aku terus menyiapkan pesanan customer, aku tidak mampu memandang ke hadapan, aku malu untuk memandang ke hadapan, aku malu untuk bertentangan mata dengan mereka. Aku tidak mahu memandang mereka sekeluarga berlalu pulang. Ah Fu, rakan sekerja memanggilku untuk pandang ke depan, “ Cepat tengok, kalau tak tengok nanti dah tak ada peluang!” Tidak tahu dari mana datangnya keberanian, dengan cepat aku memandang ke depan, aku melihat mereka memandang aku, melambai tangan, tanda ucapan selamat tinggal.

                Walaupun itu hanya lambaian tangan selamat tinggal, namun lambaian tangan orang yang kita suka mampu membuatkan kita sentiasa tersenyum, kecil tetapi indah. Aku asyik tersenyum, dek lambaian tangan itu, terutamanya lambaian tangan Nadia.

Walaupun letih, tapi hatiku bahagia

Tarikh: 26 Ogos 2013



Hari ini aku perlu jaga kedai seorang diri. Ah fu, rakan sekerja aku telah pergi dating, celebrate birthday See Chin. Namun dia berada di kedai sampai pukul 2, hanya untuk membantu aku, menyiapkan kerja sebelum dia pergi. Bertimbang rasa juga dia ni.
                Hari ni, aku rasa  bertuah, Allah aturkan aku berjumpa dengan Nadia 3 kali. Sebelum Ah Fu pergi, aku dah berjumpa dia 2 kali. Sekali time akak Nadia  order air untuk Ai, kali kedua, time akak dia ambil air Ai. Masa tu lagi aku dah rasa aku bertuah sangat, boleh tengok dia 2 kali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
                Lepas dia berlalu pergi,  aku sms adik Nadia, “Cepatnya pergi, kenapa tak tunggu sini lama sikit? Boleh Hairull tengok adik Nadia lama sikit.” Dia membalas, “ Eh wah, bukan main lagi, cukuplah tu.” Dan seterusnya, aku asyik berbalas mesej dengan dia. Terasa bahagia sangat… Adik Nadia pun tahu yang hari ni aku kena jaga kedai seorang- seorang,sebab aku ada sms dia “malam ni mesti penat, sebab kena jaga kedai seorang- seorang.”
               

                Sesungguhnya Allah  menyayangi aku.Malam tu, Ai, Kak Lela, adik Nadia datang kedai. Aku terasa surprise sebab mereka datang. Terdengar adik Nadia cakap, “kesian dia…” Walaupun pendek, tetapi terasa dia seperti mengambil berat akan aku. Sejuk hati aku bila dia katakan kesian, namun apa yang bermain di fikirannya, aku tak tahu,  aku berharap sangat timbulkan sedikit rindu dan sayang di hatinya terhadap aku. Aku pasti Allah akan membantu.

                Malam tu juga, selepas kerja, aku asyik bersms dengan dia. Terasa bahagia sangat hanya kerana dapat jumpa dia 3 kali, dapat bersms dengan dia sepanjang hari sehingga aku tidur. Aku pasti inilah ganjaran yang Maha Kuasa. Aku pasti Allah pasti akan mengizinkan dan permudahkan hasrat aku untuk menjadikan adik Nadia sebagai teman hidupku. Kerana janji Allah itu pasti.

Wednesday, September 11, 2013

Dari sini, penulisan bermula. Nadia, sebenarnya sudah lama aku meminatimu.

Tarikh: 23 Ogos 2013              Waktu: pagi


Terpandang 2 perempuan memakai tudung berwarna ungu, warna yang sama. Ohh, Nadia dan akaknya, Nadia, gadis yang aku suka, aku tidak tahu sejak bila aku menyukainya, gadis yang bekerja di kedai buku depan kedai aku, kedai buku POPULAR. Hanya satu yang aku ingat, tidak pasti samada bulan 4, aku pernah berkata, kalau Nadia tak berhenti kerja pindah ke Kluang, akan aku ngurat dia, akanku jadikan dia sebagai teman hidupku.
                Teringat malam semalam, aku ber-sms dengan dia. Aku gembira, manakan tidak gembira, dapat ber-sms dengan gadis yang kita minat. Mungkin masih dalam berkenalan, masing- masing masih menjaga tutur kata dan bahasa, tapi yang pasti aku senang bila ber-sms dengan Nadia. Bagiku, dia masih mentah, seperti budak- budak, malu- malu dengan orang yang masih asing, sering menolak niat baik orang lain. Syukur Alhamdulillah yang tiada tanda yang dia ingin menjauhkan diri dari aku. Aku pasti ada jalan yang dapat memenangi hati Nadia, dengan izin dan jalan yang diberikan oleh Allah, Allah yang Maha Besar.
                Aku ber-sms dengan Nadia pun sebab semalam aku suruh See Chin hantar nugget kasi dia, dia turun cari aku, jadikan beli ais sebagai alasan dan nak bayar duit nugget tu.Dengan bahasa yang menyakat aku sms Nadia “heheheh, dapat juga tengok muka dia, seminggu dah tak Nampak, Hairull asyik teringat kat adik Nadia jerk, adik Nadia tak teringat kat Hairull ke?” lebih kurang macam tulah, ingatan aku pun tak jelas sangat pasal hal tu. Aku tak dapat reply daripada Nadia.
                Lebih kurang pukul 8 malam, aku telefon dia. Aku telefon dia pun sebab Abang Abu update status suruh kita telefon kawan dan katakan Terima Kasih, awak sangat baik orangnya. Aku rasa benda ni berfaedah, so aku buat. Tapi dia tak angkat telefon, tak dapat aku nak sampaikan. Tapi dapat juga aku sampaikan sebelum aku tidur, itupun pakai sms, rasa tak ikhlas pula, nak telefon tak boleh pula, sebab dah lewat, masa aku sms tu dah lebih kurang pukul 1,semua orang tengah tidur, tu pun sebab dia tanya. Malam tu adalah sikit yang kami bualkan. Yang penting, aku selalu menyakat Nadia.
                Malam semalam juga, aku berfikir untuk meminta izin daripada akak dia, Kak Lela untuk usha dia. Malam semalam jugalah Kak Lela datang beli sotong goreng dengan aku, apa lagi, aku ambillah chance tu, aku tanya Kak Lela. Kak Lela, jawab, boleh, nguratlah, pandai- pandailah yerk. Aku gembira dengan jawapan tu. Apa yang aku fikirkan, itu yang Allah tunaikan, Allah sentiasa baik dengan umatnya.
               

                Sepanjang hari, aku merasa kosong, sebab tak dapat berinteraksi dengan dia. Aku cuba mengisi kekosongan hati ini dengan Zikrullah, asyik ingat pada Allah. Malam, aku menangis- nangis mengadu dengan Allah, asyik kekosongan hati sebab tak dapat jumpa dia hari ni. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, hatiku tidak lagi kekosongan selepas aku mengadu kepadaNya. Itulah kekuasaanNya, Allah bertindak mengikut sangkaan umatNya.

                Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan Nadia, tapi yang penting  aku sangat menghargai kehadirannya, aku sangat menghargai Nadia. Sebab dia aku berubah, berubah menjadi seorang yang bukan lagi melawan Allah. Mungkin itulah tujuan Allah menghadirkan diri Nadia ke dalam hidup aku. Aku bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada aku, dan aku mahu sesuatu yang lebih banyak dan yang lebih baik dari apa yang aku terima sekarang.